fbpx

Lebih 100 orang diculik lelaki bersenjata di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan pasukan keselamatan Nigeria mengawal kenteraman di Zamfara. - Foto AFP

ABUJA – Lebih 100 orang termasuk wanita dan kanak-kanak telah diculik apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu empat buah kampung di barat laut negeri Zamfara di Nigeria Ahad lalu, kata Pesuruhjaya Penerangan dan Penduduk Zamfara, Ibrahim Dosara.

Kes-kes penculikan telah menjadi ‘barah’ di barat laut Nigeria apabila sekumpulan lelaki bersenjata menculik sejumlah penduduk dari kampung, lebuh raya dan ladang serta menuntut wang tebusan daripada saudara-mara mereka.

Lebih 40 orang telah diculik dari kampung Kanwa di kawasan kerajaan tempatan Zurmi di Zamfara, kata Ibrahim dan seorang penduduk tempatan.

Seramai 37 orang lagi termasuk wanita dan kanak-kanak dalam komuniti Kwabre telah diculik di kawasan kerajaan tempatan yang sama, tambah penduduk itu yang enggan namanya didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.

“Kampung Kanwa kini lengang, penyamun-penyamun membahagikan diri mereka kepada dua kumpulan dan menyerang masyarakat. Mereka menculik kanak-kanak berumur antara 14 hingga 16 tahun dan wanita,” kata individu tersebut.

Di komuniti Yankaba dan Gidan Goga di kawasan kerajaan tempatan Maradun, sekurang-kurangnya 38 orang telah diculik ketika bekerja di ladang, kata penduduk.

Ibrahim menuduh lelaki-lelaki bersenjata itu menggunakan mangsa-mangsa yang diculik sebagai perisai manusia ketika tentera Nigeria melakukan serangan udara.

Tentera Nigeria telah melancarkan beberapa siri serangan udara di Zamfara dan di utara negara berkenaan sekali gus berjaya meneutralkan ramai pemberontak dan mengusir mereka dari tempat persembunyian di hutan simpan yang luas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI