fbpx

28 Ahli Parlimen BN kini di WTCKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sedang berlangsung dipercayai berkaitan titah Al-Sultan Abdullah, hari ini. Gambar: Facebook BN

KUALA LUMPUR – 28 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) ketika ini sedang berkumpul di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), bagi menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi BN kali kedua, hari ini.

Perjumpaan malam ini difahamkan melibatkan dua mesyuarat khas iaitu mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan Ahli Parlimen BN, bermula pukul 8.30 malam tadi.

Seorang yang belum tiba ialah Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya, manakala Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pula difahamkan tidak dapat hadir ekoran tidak sihat.

Mesyuarat tersebut dipercayai berkaitan dengan laporan Kosmo! petang ini mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya 30 ahli Dewan Rakyat daripada BN menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara esok.

Sebelumnya, Pegerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan jawatan Perdana Menteri masih kosong dan masih terbuka selepas majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Dalam masa sama, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan cadangan Al-Sultan Abdullah supaya Perikatan Nasional (PN) bekerjasama dan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“Tuanku mencadangkan kami (PN) dan PH bekerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan, tetapi kami telah membincangkan perkara itu sejak awal lagi kami tidak akan bekerjasama dengan PH,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, petang ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI