fbpx

Gabungan parti: UMNO Johor tolak DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni.

JOHOR BAHRU – Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menegaskan bahawa pihaknya sama sekali tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dalam usaha untuk menubuhkan kerajaan pusat baharu.

Hasni yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor memberitahu, hal itu kerana pihaknya menerima dan menghormati keputusan rakyat di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, keputusan itu jelas dan menzahirkan kematangan rakyat dalam mendakap budaya demokrasi di Malaysia.

“Keputusan PRU-15 merupakan isyarat jelas rakyat kepada UMNO dan BN. Oleh demikian, UMNO Johor percaya bahawa Presiden UMNO akan mengambil tanggungjawab yang jelas dan berprinsip demi kelangsungan parti dan orang Melayu amnya.

“Buat masa sekarang, keutamaan parti politik adalah membentuk koalisi (kerjasama) politik yang stabil dan kerajaan yang berfungsi serta moderat untuk memimpin Malaysia mendepani cabaran-cabaran sosial dan ekonomi masa hadapan.

“Oleh yang demikian, UMNO Johor berpendirian bahawa koalisi politik yang dibentuk tidak perlu melibatkan parti DAP,” katanya di sini hari ini.

Justeru itu katanya, pemilihan UMNO yang bakal diadakan tidak lama lagi perlu berlangsung berdasarkan kerangka pemulihan UMNO.

Tagsnya, keyakinan pengundi kepada parti ini perlu segera dipulihkan agar UMNO kembali diyakini semua rakyat Malaysia.

“Melangkah ke depan, UMNO dan BN Johor akan terus diperkukuh. Oleh itu, keputusan PRU15 di Johor akan diteliti secara mendalam agar penambahbaikan dapat segera dilakukan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI