fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: BN hormati sistem, parti penyandang diberi keutamaan letak calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Hasan menerima kunjungan tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di Kampung Tanjung, Rantau, Seremban hari ini.-Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) menghormati sistem yang telah diperakukan sebelum ini iaitu parti penyandang dalam Kerajaan Perpaduan akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dalam persefahaman itu jika berlaku kematian (wakil rakyat) parti (penyandang) itulah yang akan diberi keutamaan.

“Ini bukan Pilihan Raya Umum (PRU), kita boleh tukar-tukar kerusi tetapi apabila ada kematian , kita bagi peluang kepada pemegang jawatan tersebut untuk meletakkan calon.

“Kerusi Kuala Kubu Baharu adalah milik Pakatan Harapan (PH) dan PH kata pemegang kerusi itu dulu adalah DAP, jadi kita menghormati, orang kata sistem yang telah pun kita perakukan, namun siapa mereka yang mahu turunkan kita belum tahu lagi.

“Jadi saya harap supaya kita boleh bantu-membantu, orang sudah bantu kita, kita perlu bantu pula rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan. Ini cuma untuk kita pastikan supaya urusan pentadbiran menghadapi PRK Kuala Kubu Baharu dapat diurus dengan baik,” katanya.

Mohamad yang juga Menteri Luar dan Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Tanjung, Rantau, di sini, hari ini.

Mohamad dalam pada itu berkata, tidak sepatutnya timbul ada pihak dalam Kerajaan Perpaduan yang enggan membantu kempen PRK berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI