SEREMBAN – Lebih 2,000 penyokong dan pemimpin Barisan Nasional (BN) membanjiri Wisma UMNO Seremban di sini malam ini bagi mendapatkan keputusan terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba pada pukul 8 malam tadi manakala Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba pada pukul 8.30 pagi bagi sokongan kepada semua calon dan kelihatan bersemangat.
Keputusan tidak rasmi itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Asyraf Wajdi berkata, setakat ini, BN sedang mendahului dengan 18 DUN termasuk Pilah, Linggi, Juasseh, Palong, Labu, Gemencheh, Repah dan Lenggeng, manakala Pakatahan Harapan dengan lima kerusi. – KOSMO! ONLINE














