fbpx

Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan negeri Sabah dan Sarawak pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran tersebut dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang diramalkan akan melanda beberapa daerah di negeri itu sehingga pukul 6 petang nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Sarawak iaitu di Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong).

“Sementara di Sabah, daerah terlibat ialah di Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” katanya.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI