fbpx

Terima kasih orang Bentong pilih saya – Rara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rara mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan kepadanya bagi menggalas tugas sebagau Ahli Parlimen Bentong.

PETALING JAYA – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Young Syefura Othman berterima kasih kepada warga Bentong atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menggalas tugas sebagai Ahli Parlimen Bentong.

Menerusi kenyataannya di Facebook hari ini, Syefura yang mesra disapa Rara berkata, kemenangan tersebut bukanlah kemenangan yang mudah.

“Saya akui, majoriti yang diperoleh oleh saya adalah rendah, namun inilah yang akan menjadi pembakar semangat saya untuk bekerja keras untuk memperoleh kepercayaan daripada warga Bentong.

“Saya akan menjalankan tugas saya tanpa mengira agama, bangsa atau pegangan politik dengan sebaik mungkin agar matlamat dan visi saya untuk Bentong akan tercapai,” katanya.

Pada PRU15, Rara meraih 25,075 undi dengan majoriti 692 selepas menewaskan calon Barisan Nasional, Tan Sri Liow Tiong Lai (24,383), Datuk Roslan Hassan daripada Perikatan Nasional (PN) (16,233) serta dua calon Bebas, Wong Tack (798) dan Achik Khalil (168).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI