fbpx

MFL: Siapa akan tanggung kos VAR?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGADIL akan merujuk sistem VAR sekiranya ada keputusan meragui terutamanya melibatkan jaringan gol, penalti, offsaid mahupun kad merah. - AFP

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) merasakan adalah tidak wajar untuk ‘menjerat’ kelab tempatan dalam hal berkaitan kos perbelanjaan untuk melaksanakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) yang dijadualkan bermula musim depan.

Menyedari situasi semasa dan komitmen kewangan yang bakal dihadapi pasukan untuk mengharungi lebih banyak perlawanan Liga Super musim depan, MFL berpendirian satu kata putus perlu dibuat secara bersama termasuk dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk bola sepak negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, adalah tidak adil untuk memaksa kelab membayar kos penggunaan VAR kerana setiap kelab pastinya sudah pun mempunyai komitmen tinggi untuk menampung kos musim depan.

“Kita tidak boleh menekan pasukan yang juga baharu pulih daripada pandemik serta penstrukturan liga membabitkan pertambahan perlawanan. Mereka perlukan dana untuk meneruskan kestabilan pasukan.

“Kalau pasukan tidak mahu bayar, tidak mungkin kita akan lihat satu perlawanan ada VAR kemudian satu perlawanan lagi tiada VAR. Adakah kita perlukan VAR sekarang dan adakah kita mahu paksa kelab?

“Saya percaya kita belum lagi sedia untuk memaksa kelab membayar bagi penggunaan sistem ini,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM sebelum ini sudah menyatakan persetujuan untuk menggunakan VAR dalam Liga Malaysia (Liga M) bermula dengan pertandingan Piala FA dan Piala Malaysia, musim depan.

Bagaimanapun, sekalipun ia pengenalan yang baik untuk Liga M, persoalan ketika ini lebih kepada mekanisme pembahagian terbaik antara pihak berkepentingan, FAM, MFL dan kelab bertanding memandangkan VAR bakal menelan belanja kira-kira RM5 juta.

“Saya rasa ada pelbagai sistem di luar di mana kos ditanggung kelab, ditanggung liga selain ada ditanggung persatuan kerana pengadil di bawah persatuan dan bukannya liga. Sukar juga buat kami kerana kami juga sedang menjalani pemulihan dalam industri.

“Kestabilan ekonomi juga tidak benarkan kami untuk menjual penajaan dan mendapat jumlah seperti yang kita mahukan. Ini adalah situasi ‘ayam dan telur’ jadi kami harap kita akan mendapat jawapannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI