fbpx

Yew Sin-Ee Yi wakil tunggal ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE YI (depan) dan Yew Sin (belakang) bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Jiting-Haodong 14-21, 21-17, 21-18 pada separuh akhir Terbuka Australia hari ini. - BADMINTON PHOTO

KUALA LUMPUR – Beregu ranking kelapan dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menjadi penyelamat kem Malaysia apabila muncul satu-satunya wakil negara layak ke final Terbuka Australia.

Kejayaan itu hadir selepas Yew Sin-Ee Yi menewaskan beregu China, He Jiting-Zhou Haodong 14-21, 21-17, 21-18 pada aksi separuh akhir di State Sports Centre, Sydney hari ini.

Ia adalah final pertama buat Yew Sin-Ee Yi dalam tempoh hampir tiga tahun sejak mereka muncul juara Terbuka Thailand pada Januari 2020.

Lawan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021 itu di final esok adalah satu lagi beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi yang menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe-huei-Yang Po-hsuan 12-21, 23-21, 24-22.

Peluang cerah menanti Yew Sin-Ee Yi memandangkan mereka pernah menewaskan Yu Chen-Xuan Yi 21-17, 21-16 ketika kali terakhir bertemu pada pusingan 16 Terbuka Denmark tahun ini.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong gagal mengikut jejak langkah Yew Sin-Ee Yi apabila terkandas di separuh akhir gara-gara tewas Lu Guangzu dari China 18-21, 15-21. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI