fbpx

PRU15: Pensyarah 3 hari berpantang gagah turun mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR AYUENIE menunggu kenderaan untuk membawanya ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam, Kluang hari ini.

KLUANG – Walaupun sedang berpantang, namun ianya bukan halangan kepada seorang wanita yang ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam di sini untuk turut serta dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Pensyarah Universiti Selangor (Unisel), Selangor, Noor Ayuernie Ibrahim, 40, hadir bersama suami Mohd Sabri Mohd. Bakri, 44 berkata, walaupun baharu tiga hari berpantang namun demi mengundi ia tidak menjadi masalah untuk datang ke pusat pembuangan undi.

“Saya dan suami tinggal di Shah Alam. Kami pulang ke rumah ibu dan ayah saya di Simpang Renggam untuk berpantang selepas keguguran anak pertama pada usia kandungan 84 hari.

“Saya tidak berdepan masalah untuk ke pusat pembuangan undi. Ahli keluarga turut memberi sokongan,” katanya.

Beliau tidak mempunyai masalah sepanjang proses mengundi kerana pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) banyak memberi bantuan terutama kerusi roda selain petugas yang mesra.

Justeru, beliau mengharapkan orang ramai terutama golongan muda segera menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka.

Noor Ayuernie merupakan antara 59,053 pengundi di Parlimen Simpang Renggam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI