fbpx

PRU15: Ismail Sabri selesai buang undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL Sabri dan isteri Datin Seri Muhaini selesai mengundi di SMK Bandar Kerayong di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong di sini pada pukul 10.28 pagi ini.

Turut sama selesai membuang undi di saluran kedua itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Ismail Sabri tiba di pusat pengundian di SMK Bandar Kerayong pada pukul 9.20 pagi dengan diiringi isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin serta anak dan menantu beliau.

Beliau yang mengundi di saluran dua kemudiannya bersalaman dengan orang ramai yang hadir untuk membuang undi.

Selepas bersalaman dengan orang ramai beliau kemudiannya kembali beratur seperti pengundi-pengundi lain.

Ismail Sabri mempertahankan kerusi Parlimen Bera dalam pertandingan tiga penjuru dengan wakil Perikatan Nasional (PN) Datuk Asmawi Harun dan calon Pakatan Harapan (PH) Abas Awang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI