fbpx

PRU 15: Otai 103 tahun mengundi kali ke-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAWA dibantu Mohamad Zairuddin ketika melaksanakan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Parit Bakar, Muar, hari ini.

MUAR – Seorang warga emas dari Kampung Parit Jawa, di sini, mencuri tumpuan ramai apabila menjadi antara pengundi paling ‘otai’ melaksanakan tanggungjawabnya mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Hawa Murad, 103, mengakui gembira dan terharu lantaran dirinya masih berpeluang mengungdkali ke-15 tanpa gagal sejak PRU pertama lagi.

Cucunya, Mohamad Zairuddin Yassin, 42, membawa nenek itu mengundi pada pukul 10.30 pagi di Sekolah (SK) Parit Bakar, di sini, dengan ditemani empat lagi ahli keluarganya terdiri daripada anak, menantu serta cucu yang lain.

Mohamad berkata, kesungguhan dan semangat neneknya untuk membuang undi itu memang tidak dinafikan meskipun dalam keadaan uzur.

“Walaupun dia dah berusia, tapi nenek tetap nak mengundi sebab dia tahu nilai satu undi itu adalah sangat bermakna bagi masa depan negara. Dia tak jadikan alasan walaupun sedar keadaan diri dan tahap kesihatannya tidaklah begitu baik.

“Syukur kerana segalanya berjalan lancar dan gembira kerana kami sekeluarga khususnya nenek dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya yang menetap di Johor Bahru.

Terdahulu, Hawa dibawa ke pusat mengundi saluran 1 menggunakan kerusi roda khas disediakan pihak SPR.

Berkongsi mengenai semangat politik yang ada dalam jiwa warga emas ini, Mohamad Zairuddin mengakui, neneknya seringkali berpesan agar anak serta cucunya dapat menilai dengan bijak untuk memangkah parti pemerintah yang terbaik bagi negara.

“Kesungguhan itulah yang mendorong nenek untuk melaksanakan tanggungjawabnya setiap kali tiba musim PRU.

“Malah beliau juga tidak kisah menjadi pengundi paling berusia di sekolah ini. Bak kata orang, neneklah merupakan pengundi paling otai,” katanya sambil tertawa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI