fbpx
Tze Yong berpeluang mara ke pentas final Terbuka Australia apabila memastikan tempat di separuh akhir selepas menewaskan Tang hari ini. - Kredit Twitter BAM

Tze Yong ke separuh akhir Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia apabila melangkah ke pusingan separuh akhir yang berlangsung esok.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Negeri, Sydney hari ini, dia tidak berdepan sebarang masalah apabila mencatat kemenangan mudah 21-9, 21-7 ke atas pemain tuan rumah, Nathan Tang.

Bagaimanapun, pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu dijangka berdepan tugas berat esok apabila dijadualkan bertemu pemain China yang sedang meningkat naik, Lu Guang Zu.

Semalam, pemain berusia 26 tahun itu melakar kejutan apabila menyingkirkan perseorangan profesional negara yang juga pilihan utama kejohanan, Lee Zii Jia menerusi keputusan 20-22, 21-15, 21-16.

Sekiranya Tze Yong dapat menampilkan aksi terbaik pada perlawanan esok, tidak mustahil dia mampu untuk menewaskan Guang Zu, sekali gus melangkah ke pentas final yang akan berlangsung Ahad ini.

Tze Yong menggalas misi tersendiri pada Terbuka Australia kali ini apabila mahu menempatkan diri dalam kelompok 32 terbaik dunia bagi membolehkan dia menyertai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 musim depan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN