fbpx

Djokovic sah beraksi pada Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC sangat gembira menerima berita bahawa dia sudah boleh memasuki Australia menjelang Grand Slam Terbuka Australia pada Januari tahun depan. – AFP

TURIN – Bekas pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic ternyata gembira apabila mendapat lampu hijau kerajaan Australia untuk memasuki negara itu menjelang Grand Slam Terbuka Australia pada Januari tahun depan.

Pada tahun lalu, Djokovic ‘ditendang’ keluar selepas enggan mengambil suntikan vaksin kerana pada ketika itu menjadi syarat wajib untuk memasuki negara berkenaan ketika wabak Covid-19 menjadi ancaman dunia.

Sejak wabak Covid-19 mula beransur pulih, sekatan perjalanan peraturan kemasukan ke negara itu mula dilonggarkan.

“Saya sangat gembira menerima berita itu semalam. Sudah tentu lega selepas lalui kesukaran sepanjang tahun ini dengan apa yang berlaku di Australia,” kata Djokovic.

“Terbuka Australia adalah Grand Slam paling berjaya buat saya. Saya mencipta beberapa kenangan terbaik di sana. Sudah tentu saya mahu kembali. Saya mahu melakukan yang terbaik terutama memburu kemenangan di sana sekali lagi,” kata Djokovic.

Menteri Imigresen, Kewarganegaraan dan Hal Ehwal Pelbagai Budaya Australia, Andrew Giles berkata, jaguh Serbia itu kini dialu-alukan untuk kembali ke Australia.

“Sejak pembatalan visa Djokovic pada Januari 2022, semua sekatan sempadan Australia berkaitan Covid-19 telah dimansuhkan.

“Ia juga termasuk keperluan untuk memberikan bukti status vaksinasi Covid-19 untuk memasuki Australia dan Djokovic akan diberikan visa sementara untuk memasuki Australia,” kata Giles dalam satu kenyataan.

Djokovic ketika ini memiliki 21 gelaran Grand Slam dan dijangka melebarkan rekod gelaran kesepuluh di Terbuka Australia tahun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI