fbpx

Cincin di jari manis, Fatin Afeefa tunjuk bayangan sudah ‘diikat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIN AFEEFA menunjukkan sebentuk cincin tersemat di jari manisnya.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Fatin Afeefa memancing perhatian ramai apabila memberi bayangan seolah-olah dia kini sudah bergelar tunangan orang.

Menerusi satu hantaran dalam InstaStory, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu berkongsi video yang menunjukkan sesi menyarung cincin antara dua wanita tanpa menunjukkan wajah seakan-akan dalam sebuah majlis merisik atau bertunang.

Menerusi video berasingan, Fatin yang mengenakan persalinan baju kurung rona krim sama dengan pakaian wanita dalam video terdahulu dilihat membuat ‘miming’ lagu After Last Night dendangan asal Bruno Mars, Anderson .Paak & Silk Sonic seperti meluahkan perasaan yang dilalui ketika ini.

Penampakan sebentuk cincin berlian tersemat di jari manisnya menguatkan lagi spekulasi bahawa aktres itu baru selesai melangsungkan sebuah majlis, sama ada pertunangan mahupun merisik oleh keluarga bakal suami,

Hingga kini pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin, 28, belum membuka mulut tentang status baharunya.

Sebelum ini telah tular sekeping foto menunjukkan Fatin berjalan berpegangan tangan di sebuah acara bersama lelaki yang didakwa netizen sebagai kekasihnya.

Terdahulu nama Fatin memanaskan dengan pelbagai konflik bersama bekas suami, Adam Shahz. Mereka mendirikan rumah tangga pada 2013, namun berpisah empat tahun kemudian.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7, manakala daripada perkahwinan sebelum ini Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI