fbpx

15 inisiatif Perdana Menteri untuk Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika bersama rakyat dalam satu majlis baru-baru ini.

1) Mengembalikan kestabilan politik dan perpaduan di Malaysia.

2) Seramai 98.7 peratus penduduk Malaysia telah divaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

3) Meletakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang terbaik di Asia Tenggara.

4) Memberi bantuan tunai dan subsidi terbesar sebanyak RM77.7 bilion.

5) Mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan melalui Skim Jamin Kerja.

6) Melaksanakan transformasi undang-undang melalui penggubalan Akta Anti Lompat Parti, Akta Anti Ganggua Seksual dan pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)

7) Memastikan kebebasan badan kehakiman dan legislatif.

8) Berjaya memperkasakan bahasa Melayu di pentas antarabangsa.

9) Mewujudkan pelan tindakan dasar sekuriti makanan negara bagi memastikan bekalan makanan mencukupi.

10) Menaikkan gaji minimum sehingga RM1,500.

11) Memperkasakan golongan wanita melalui Penubuhan Majlis Wanita Negara, memperkasakan institusi hakim di bawah Mahkamah Syariah serta mewujudkan Akta Pembiayaan Kewangan melalui Jabatan Kehakiman Syariah.

12) Melaksanakan inisiatif untuk golongan belia melalui pelantikan wakil belia sebagai senator Dewan Negara, memberi peranti siswa kepada 400,000 pelajar daripada keluarga B40 dan menyediakan kredit mikro untuk usahawan belia.

13) Menjaga kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan menerusi bantuan khas kewangan, kenaikan gaji tahunan khas RM100, kenaikan kadar cuti maksimum, perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan cuti dan tambahan kadar cuti rehat khas.

14) Memperkasakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui pindaan Perlembagaan.

15) Meningkatkan kesejahteraan hidup 113,000 peneroka Felda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI