fbpx

Putus cinta? Janna Nick bawa diri ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK ketika ditemui Puteri Sarah di lapangan terbang.

PETALING JAYA – Selepas perkongsian status ‘single’, hubungan antara Janna Nick dengan Dini Schatzmann terus menjadi topik hangat,  sementelah aktres dan pengarah  popular itu juga tidak lagi mengikuti akaun Instagram kekasihnya.

Menguatkan lagi spekulasi kehancuran cinta mereka, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, dikatakan telah membawa diri untuk bercuti di Eropah.

Biarpun perkara tersebut tidak diberikan perincian, pemergian Janna ke Eropah dikongsikan rakan seperjuangan, Puteri Sarah Liyana yang secara kebetulan terserempak dengan Janna di lapangan terbang.

“Cari ketenangan, cari ketenangan di Eropah okey,” katanya ringkas dalam sebuah video yang dikongsikan Puteri Sarah.

Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu turut memuat naik gambar pertemuan tidak dirancang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam InstaStory.

“Boleh pula jumpa Janna Nick di ‘airport’. Jaga diri seorang-seorang walau di mana mu pergi nanti. Love you,” tulisnya.

Difahamkan, Janna ketika ini sudah pun tiba ke tempat tujuan untuk memulakan percutian di Eropah.

Terdahulu, bekas pengacara Melodi itu memuat naik status dalam Instagram seakan-akan memberi bayangan sudah putus cinta.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya…,” tulisnya.

“Janna, 27 Tahun, Single, Tak suka buka bungkusan, sambal,” coret penyanyi lagu Gatal itu lagi dalam hantaran seterusnya.

Ketika ini, Dini Schatzmann masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut selain masih lagi mengikuti Janna di Instagram.

Hubungan cinta mereka mekar selepas terbabit dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali.

Malah percintaan mereka juga tampak utuh apabila aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu sering menyatakan mahu mengukuhkan ekonomi dahulu sebelum menyunting Janna menjadi suri hatinya.

Semalam, Kosmo! Online turut melaporkan spekulasi berakhirnya percintaan Janna dan Dini. Pada masa sama, segelintir netizen mendakwa perkongsian tersebut sekadar ‘konten’ bagi menarik perhatian ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI