fbpx

3 disabitkan bersalah tembak jatuh MH17, seorang dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pada 11 November 2014 menunjukkan pemberita melihat serpihan pesawat MH17 ketika penyiasat tiba di lokasi nahas di timur Ukraine. – AFP

THE HAGUE, Belanda – Mahkamah Belanda hari ini mensabitkan kesalahan terhadap tiga individu dan membebaskan seorang lagi atas tuduhan menembak jatuh Penerbangan Malaysia, MH17 di ruang udara Ukraine pada 2014.

Rakyat Russia, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta seorang warga Ukraine, Leonid Kharchenko didapati bersalah kerana membunuh dan dengan sengaja menembak jatuh pesawat tersebut.

Seorang lagi suspek warga Russia, Oleg Pulatov didapati tidak bersalah, kata Hakim Hendrik Steenhuis.

Ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Mereka turut diperintahkan membayar sekurang-kurangnya €16 juta (RM75.26 juta) sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.

Tiada seorang pun daripada suspek berada di mahkamah yang dikawal ketat itu bagi mendengar keputusan, manakala berpuluh-puluh ahli keluarga datang dari seluruh dunia bagi mendengar keputusan hakim selepas perbicaraan yang berlangsung selama dua tahun setengah itu.

Mahkamah turut mengesahkan MH17 ditembak jatuh pada 2014 dengan menggunakan peluru berpandu buatan Russia yang dilancarkan dari sebuah padang di Ukraine.

“Mahkamah memutuskan bahawa MH17 ditembak jatuh melalui tembakan peluru berpandu BUK dari sebuah padang dekat Pervomaisk, yang membunuh semua 298 penumpang dan anak kapal,” kata Steenhuis.

Dalam kejadian pada 17 Julai 2014, kesemua 298 penumpang dan kru terbunuh apabila pesawat Boeing 777 yang berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur itu terkena tembakan di timur Ukraine oleh apa yang dikatakan pendakwa raya sebagai peluru berpandu BUK yang dibekalkan oleh Russia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI