fbpx

KPDNHEP berjaya kumpul 19,758 usahawan IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pelajar IPT Terengganu dan Kelantan yang menyertai program Usahawan Muda di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU- Seramai 19,758 pelajar institut pengajian tinggi dan institusi kemahiran seluruh negara telah mendaftar perniagaan di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin ( SPPP).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, SPPP yang diperkenalkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 23 Disember 2020 memberi peluang golongan berkenaan mendaftarkan perniagaan secara percuma.

“Berdasarkan rekod SSM, seramai 43,123 perniagaan terdiri daripada 19,758 pelajar dan 23,365 usahawan B40 telah mendaftar program SPPP.

“Pelajar sepenuh masa institut pengajian tinggi awam atau swasta serta pusat kemahiran dalam negara perlu rebut peluang ini,” katanya selepas merasmikan program Usahawan Muda peringkat Terengganu dan Kelantan di sini hari ini.

Program anjuran SSM siri enam itu telah menarik lebih 1,400 penyertaan melibatkan pelajar politeknik, kolej komuniti, Pusat Latihan Giat Mara dan Institut Latihan Perindustrian dari dua negeri Pantai Timur berkenaan.

Rosol berkata, sebanyak 72, 737 perniagaan; 5,934 syarikat dan 443 Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) aktif di Terengganu telah berdaftar dengan SSM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI