fbpx

Tak sempat seludup 7.1 tan minyak masak ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP Kelantan menunjukkan sebahagian minyak masak peket berada di dalam sebuah kereta semasa menjalankan serbuan di belakang sebuah premis di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok semalam. FOTO IHSAN KPDNHEP

BACHOK – Sekumpulan penyeludup tidak sempat menyeludup sebanyak 7.1 tan minyak masak peket bernilai RM 17,850 ke Thailand apabila penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya mengesan kegiatan mereka di belakang sebuah premis di Kampung Beris Kubur Besar di sini semalam.

Serbuan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 4 petang bersama anggota polis Ibu Pejabat Daerah Bachok dan Pasukan Polis Marin Wilayah Pengkalan Kubor menerusi Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat beberapa buah kenderaan berkumpul dan berada dalam keadaan mencurigakan di belakang premis tersebut.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, beberapa individu dilihat sedang memunggah kotak-kotak disyaki mengandungi minyak masak ke dalam beberapa buah kereta.

“Anggota yang bertugas terus menyerbu premis tersebut, namun kesemua suspek melarikan diri ke kawasan semak manakala sebuah kenderaan telah bertindak memecut laju dari kawasan premis itu.

“Pemeriksaan di belakang premis itu telah menjumpai minyak masak peket seberat 7,140 kilogram yang datang dari luar Kelantan untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azman, siasatan mendapati, penyeludup menjadikan kawasan luar sempadan Malaysia-Thailand sebagai transit sebelum ia diangkut menggunakan kenderaan lain untuk diseludup.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI