fbpx

Gagal seludup produk makanan Arab Saudi RM45,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Maqis Selangor bersama barang dagangan dari Arab Saudi yang dirampas mereka.

KLANG – Cubaan sebuah syarikat pembekal makanan menyeludup masuk pelbagai produk makanan dari Arab Saudi bernilai RM45,000 gagal selepas ditahan di Pelabuhan Barat, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu melibatkan 432 kotak produk tenusu dan 300 kotak tuna dalam tin yang tidak diikrar pada borang Kastam dan tiada permit import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Pengarah Maqis Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, kejayaan itu hasil rutin pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah kontena di pelabuhan tersebut.

Katanya, semakan mendapati kontena tersebut telah berada di pelabuhan tersebut sejak 14 Oktober lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati produk tenusu dan tin tuna itu tidak diikrar pada borang Kastam dan tiada permit import Maqis.

“Kontena itu membawa produk dagangan berkenaan yang bernilai keseluruhan RM45,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, siasatan mendapati ini adalah kesalahan pertama dilakukan syarikat tersebut.

Difahamkan syarikat itu telah beroperasi di sekitar Lembah Klang sejak 2010.

“Kesemua barang dagangan tersebut ditahan untuk tindakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” tegasnya.

Jelas beliau, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI