fbpx

Peminat Kpop tak puas hati, anggota Rela halang bergambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar anggota Rela wanita yang mengundang ketidakpuasan hati peminat Kpop pada acara 2022 Mokkoji Korea baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang anggota wanita Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang ditugaskan sewaktu acara 2022 Mokkoji Korea di Kuala Lumpur baru-baru ini mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan peminat Kpop.

Berdasarkan video tular pada laman sosial, peminat yang menghadiri acara tersebut mendakwa, anggota wanita itu dikatakan menghalang peminat mengambil gambar, menolak kasar sekali gus ia memalukan Malaysia.

“Untuk pengetahuan semua, makcik ini tolak beberapa orang dengan agresif, paksa berjalan ketika di atas pentas. Sangat memalukan Malaysia.

“Tiada siapa pun (peminat) yang membahayakan ‘idol’, makcik itu tak sepatutnya berada dengan ‘idol’. Macam mana orang nak (beri) ‘high five’ kalau makcik halang macam itu?” kata seorang daripada peminat Kpop menerusi ciapan Twitter.

Dalam masa sama, ada juga netizen yang menyokong serta memuji tindakan anggota tersebut selain menyifatkan wanita itu hanya menjalankan tugas.

“Dah memang tugas dia,” kata seorang pengguna TikTok.

“Sekarang ini memang jadi trend, kalau tak suka orang, buat kandungan dalam TikTok. Esok-esok orang tak suka kita, dia buat kandungan berkenaan kita pula,” tegur seorang netizen.

Selain itu, terdapat salah satu video yang tular memperlihatkan, wanita itu mendepa tangan dan meminta peminat berjalan segera.

“Kalau Korea (idol) beria sambut, Nabi Muhammad tak ada pun. Jalan, jalan,” kata wanita itu dengan tegas.

Pada video tersebut, kedengaran pihak penganjur meminta peminat tidak mengambil gambar dan segera berjalan.

“No photo (tiada gambar), touch and go (sentuh dan pergi),” katanya.

Terdahulu, acara 2022 Mokkoji Korea berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Sabtu dan Ahad lalu menampilkan pelbagai acara tersebut konsert dan pameran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI