fbpx
jEFRI DIN JAYAKUMARAN (kanan) bersama isteri, Halilah dan anaknya, Muhammad Ariff di Senawang baru-baru ini.

Mualaf sakit jantung buntu fikir nasib anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang mualaf yang menghidap penyakit jantung kronik buntu memikirkan keperluan makanan isteri dan anaknya selepas ­sukar mendapatkan pekerjaan.

Jefri Din Jayakumaran Abdullah, 66, yang menghidap penya­kit itu sejak Oktober 2020 berkata, walaupun sakit dia tidak pernah patah semangat mencari rezeki, asalkan perut anak tunggalnya, Muhammad Ariff, 4, dapat diisi.

“Bukan saya tidak cuba, hari-hari saya keluar cari kerja, tetapi orang susah mahu beri kerja sebab faktor umur dan penyakit.

“Kadangkala saya ada mengambil upah membaiki paip dan pendawaian elektrik, dapat RM20 sehari pun saya sudah bersyukur. Janji dapat beli makanan untuk anak,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Widuri Indah, Senawang di sini baru-baru ini.

Menurut Jefri Din Jaya­ku­maran, isterinya, Halilah Md.­ Daud, 40, pula mengalami masalah asma kronik dan diabetis.

“Saya perlu menjalani rawatan susulan sakit jantung di Hospital Serdang, tetapi tidak mampu ke sana. Saya teruskan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

“Sebelum sakit, saya pernah bekerja sebagai pemandu bas dan teksi, tetapi sekarang orang tidak berani ambil kerana risiko sakit jantung boleh pengsan atau jatuh secara tiba-tiba,” katanya yang memeluk Islam sejak 1984.

Jefri Din ber­kata, buat masa ini memang kehidupannya sukar, malah bayaran rumah sewanya tertunggak tiga bulan sebanyak RM1,500.

“Alhamdulillah, tuan rumah faham masalah yang dihadapi.

“Saya juga ada masanya meminta ihsan rakan-rakan untuk makan minum, malu tetapi terpaksa untuk anak,” katanya yang mengikat perut hampir setiap hari.

Sementara itu, Halilah ber­kata, dia yang sepatutnya mendapatkan rawatan asma di Hospital Rembau sentiasa memberi alasan kepada doktor kerana masalah kewangan, selain perlu menjaga suami dan anak.

Halilah berkata, ujian yang menimpa mereka sekeluarga menjadikannya lebih kuat dalammenghadapi cabaran hidup.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Halilah di talian 011-1143 8547 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional 0511241000030574.

POPULAR