fbpx

Netizen sangka UFO, rupanya tangki air semasa jerebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekali pandang, imej ini kelihatan seperti UFO kerana bahagian bawahnya yang kurang jelas kelihatan akibat jerebu. – Twitter

NEW DELHI – Netizen di India gempar apabila sebuah hantaran tular di media sosial memaparkan gambar yang didakwa mereka  sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor laman berita First Post.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan di laman Twitter, seorang netizen berkata, dia menerima hantaran imej tersebut daripada seorang rakannya di New Delhi yang menyangka ia adalah sebuah piring terbang.

Bagaimanapun, jika diperhatikan secara  teliti, imej sama  ternyata sebuah tangki air yang tidak dapat dilihat dengan jelas disebabkan jerebu teruk melanda ibu negara India itu.

Bahagian atas tangki tersebut berbentuk seperti piring terbang yang sering dikaitkan dengan UFO meskipun ia sedikit kabur akibat jerebu tebal.

Bahagian bawahnya pula bagaimanapun hampir tidak kelihatan sehingga menyebabkan sebilangan netizen menyangka ia adalah   UFO besar yang berlegar-legar di kaki langit.

Imej yang dimuat naik pada minggu lepas itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

“Pembenci akan menyatakan ia adalah imej ‘photoshop’,” kata seorang netizen yang menyangka ia  imej UFO sebenar.

“Kini, UFO boleh terbang di sekitar New Delhi ketika hari siang dan menyamar menjadi tangki air apabila imejnya dikesan,” kata seorang lagi pengguna secara sinis. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI