fbpx

UFO berlegar di langit Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Altitud dron tersebut mendedahkan bahawa UFO itu mungkin terbang pada jarak sekitar 48 kilometer dari dron. - kraine Freedom News/frontier_conflict

KIEV – Fenomena objek terbang tidak dikenali (UFO) yang  dirakam dron tentera Kiev  menunjukkan sebuah piring terbang besar berwarna hitam berlegar-legar di langit Ukraine, lapor akhbar Metro UK semalam.

Video tersebut dirakam oleh askar Batalion ke-406 Angkatan Bersenjata Ukraine (UAF) menggunakan dron quadcopter pengimejan  terma, Mavic 3T.

“Apakah itu? Mengapa ia tidak bergerak?” kata salah seorang daripada mereka.

“Ia berada pada satu tempat di skrin. Zum lebih dekat. Ia tidak bergerak, adakah anda nampak?” kata askar  lain.

Pengimejan terma dron menunjukkan UFO tersebut lebih panas daripada suhu persekitarannya.

Video itu mendapat perhatian orang ramai di laman perbincangan Reddit, dengan ada mereka berkata  bahawa imej tersebut adalah ilusi optik dinamakan sebagai fatamorgana.

 Ia menjadikan sesuatu objek kelihatan seperti terapung.

“Ia adalah kapal di laut,” kata seorang pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI