fbpx

Lelaki rakam imej dua UFO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA imej UFO dirakam oleh Jack di rumahnya di Blackpool baru-baru ini. - Foto Jack Atkinson/Caters News

LONDON – Seorang lelaki berjaya merakam dua imej objek terbang tidak dikenali (UFO) dari rumahnya di Lancashire, Britain baru-baru ini, lapor laman berita Daily Star semalam.

Jack Atkinson, 24, sedang duduk di atas sofa di rumahnya apabila dia melihat dua objek tersebut terbang di langit, di luar tingkap kediaman itu. 

Dia kemudian bergegas keluar dari rumahnya sambil memegang telefon bimbit untuk merakam kejadian itu.

Selepas beberapa ketika, UFO itu kemudian menghilang sekelip mata tanpa melewati awan.

Jack berkata: “Saya sangkakan ia adalah belon tetapi ia tidak bergerak tinggi kerana belon sepatutnya akan naik (ke udara).

“Saya merupakan peminat kapal terbang dan tahu betapa lajunya sesebuah pesawat bergerak. Ia (UFO) itu bergerak dengan kelajuan yang hampir sama seperti pesawat.

“Ibu bapa saya berasa ragu tentang UFO tetapi selepas melihat kejadian ini, ia mengejutkan mereka,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI