fbpx

Mick hitung nasib pertahan karier F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICK mempamerkan aksi kurang memberangsangkan berbanding Magnussen musim ini menyebabkan peluangnya kekal bersama Haas agak tipis. – AFP

SAO PAULO – Nasib pelumba Jerman, Mick Schumacher sama ada kekal bersama pasukan Haas atau pun tidak musim depan dalam saingan Formula Satu (F1) akan diketahui minggu depan.

Anak kepada juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher tersebut dalam bahaya kerana bakal mengakhiri kontrak bersama Haas pada hujung musim ini di perlumbaan penutup di Abu Dhabi, 20 November nanti.

Lebih mengecewakan, pres­tasi pelumba berusia 23 tahun itu dilihat tidak konsisten, malah rakan sepasukannya, Kevin Magnussen cemerlang menempah petak utama untuk ke perlumbaan pecut pada GP Brazil.

Pada sesi kelayakan Jumaat, keadaan hujan memberi tuah kepada Magnussen kerana mencatat masa terpantas selepas menggunakan tayar licin.

“Pengumuman mengenai soal kontrak Mick akan dibuat minggu depan. Dia melakukan dengan baik pada sesi kelayakan pertama, namun ketika menggunakan tayar kering dia berdepan kesukaran.

“Sepanjang musim ini kita semua tahu dia tampil dengan baik, namun prestasi dia sedikit menurun. Jadi, tunggu pengumuman pasukan ming­gu depan,” kata Ketua Pasukan Haas, Guenther Steiner

Schumacher hanya meraih 12 mata musim ini dan rakan sepasukannya, Magnussen yang kembali menyertai pasukan itu selepas pelumba Rusia, Nikita Mazepin disingkirkan terus mempamerkan aksi cemerlang.

Laporan mendakwa Schumacher dijangka meninggalkan pasukan pada penghujung tahun ini dan tempat tersebut bakal diambil alih Nico Hulkenberg sebagai pengganti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI