fbpx

PRU15: Pilihan pengundi di Selangor sukar diramal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh bersama penduduk yang menghadiri program itu di Kampung Dato' Hormat, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, malam tadi.

SABAK BERNAM – Kecenderungan pengundi untuk membuat pilihan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Selangor sukar diramal kerana saingan sengit parti bertanding.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pilihan raya terdahulu hanya melibatkan pertembungan dua atau tiga penjuru di negeri ini.

“Kita sebelum ini mudah untuk membuat ramalan kerana tidak banyak parti bertanding seperti BN, Pas dan Pakatan Harapan (PH).

“Namun, kini sudah ada parti lain akibat faktor perpecahan dan menyebabkan saingan lebih tinggi termasuk Undi18 golongan belia,” katanya ketika ditemui pada Program Kenduri Rakyat di Kampung Dato’ Hormat, Sungai Air Tawar di sini, malam tadi.

Jelas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu, BN mempunyai kelebihan sekiranya pengundi ‘putih’ parti itu keluar mengundi pada Sabtu depan.

“Pengundi atas pagar mungkin ada berlaku pecahan undi kepada parti yang mereka pilih. Namun, jika pengundi putih BN kekal menyokong, kita sudah tentu mempunyai kelebihan berbanding parti lawan,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI