fbpx

Misteri kondominium mewah Skudai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan keadaan terkini bangunan Kondominium mewah Skudai.

PETALING JAYA – Misteri kondominium mewah Skudai kekal sehingga hari ini selepas dia dibiarkan kosong tanpa penghuni selama 20 tahun tanpa siapa tahu alasan sebenar ia dalam keadaan sedemikian.

Bangunan yang mempunyai 11 tingkat di Johor Bahru itu pernah menjadi asrama pekerja kilang setelah ditinggalkan oleh penghuninya.

Menerusi sebuah hantaran video di akaun TikTok, @MohdJohn, kondominium tersebut menjadi salah satu daya tarikan pada tahun 90an kerana reka bentuknya yang menarik dan unik.

Orang ramai turut meninggalkan komen bahawa mereka turut hairan kenapa bangunan tersebut ditinggalkan begitu sahaja.

“Dahulu semasa saya tinggal di Skudai pada tahun 2000 pun tertanya-tanya kenapa bangunan sebesar ini tiada orang. Berminat juga hendak tahu mengenai bangunan ini,” tulis MohdJohn.

“Aku pernah kerja berdekatan dengan kondominium ini sekitar tahun 1998. Dahulu, ramai tinggal di sini namun, semakin lama semakin kurang. Tidak pasti apa yang menjadi punca,” komen Nizam di ruangan komen.

“Dahulu ramai dengan pekerja kilang, tapi tidak pasti kenapa tiba-tiba sunyi. Kedai makan di kawasan itu turut sunyi semenjak penghuni kondominium ini tiada,” kata Sofea.

Video tersebut telah menerima sebanyak 849,300 tontonan, 299 perkongsian dan 21,900 tanda suka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI