fbpx

Azmin calon PM jika Muhyiddin kalah di Pagoh?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kiri) dan Azmin (kanan)

PETALING JAYA – Penyandang Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali akan diangkat sebagai calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional (PN) jika presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin kalah di kerusi Parlimen Pagoh.

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shabery Cheek dalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung melalui BNComms semalam.

Jelasnya, dalam Pilihan Raya Umum ke-14 sebelum ini, Muhyiddin memenangi kerusi Pagoh dengan bantuan undian oleh pengundi bukan Melayu di atas tiket Bersatu (Pakatan Harapan) ketika itu.

“Namun kali ini berbeza, satu dapatan kajian menjangkakan beliau kemungkinan kalah selepas Bersatu bergabung dengan Pas atas tiket Perikatan Nasional.

“Jika beliau kalah siapa lagi yang akan diangkat kalau bukan Azmin Ali, tidak akan angkat Haji Hadi (presiden Pas) dan Faizal Azumu (Bersatu) sebagai Perdana Menteri?” soalnya.

Tambah Shabery, beliau merasakan PN mempunyai masalah besar jika mereka menang 2/3, tetapi Muhyiddin kalah yang ternyata mendapat sokongan daripada lebih 20,000 pengundi Cina.

“Pengundi Cina di sana (Pagoh) masih lagi PH. Sebab itu Muhyiddin dalam beberapa kenyataannya dia terlalu takut apabila ada pimpinan Pas mula bercakap mengenai syurga dan neraka, sehingga beliau terpaksa mohon maaf.

“Ertinya beliau takut dengan imej Pas yang terlalu kuat dalam PN menyebabkan beliau bakal kehilangan besar pengundi Cina di kawasan beliau sendiri.

“Jadi ini kita kena hadapi dalam PRU kali ini yang dikatakan ‘naga tanpa kepala’, Azmin perlu selesaikan perkara ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI