fbpx

Tuan Ibrahim akan saman Rafizi selepas 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim

PETALING JAYA – Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli jika tiada permohonan maaf dibuat dalam tempoh tujuh hari.

Ia susulan dakwaan yang dibuat Rafizi sebelum ini berkaitan Timbalan Presiden Pas itu meluluskan projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus kepada syarikat sama iaitu Mangkabumi Sdn. Bhd.

Namun, semalam Rafizi mengadakan sidang media dan mendakwa mempunyai bukti tentang perkara itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata, kenyataan yang dikeluarkan pada sidang media tersebut hanya menguatkan lagi sangkaan ramai bahawa Rafizi membuat tuduhan palsu dan berniat jahat.

“Rafizi membuat tuduhan bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan menyatakan bahawa surat bertarikh 7 Oktober telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Berdasarkan surat tersebut, adalah jelas bahawa kelulusan terbabit bukanlah dibuat oleh saya atau KASA dan ia dikeluarkan sebelum Parlimen dibubarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, calon Parlimen Kubang Kerian itu juga menyifatkan penjelasanan yang dibuat oleh Rafizi itu gagal sama sekali mendedahkan bukti keterlibatan beliau dalam projek berkenaan.

“Oleh demikian, terbukti dengan jelas bahawa semua kenyataan Rafizi adalah satu fitnah bagi menghancurkan reputasi saya.

“Saya telah mengarahkan peguam, Tetuan Yufarizal Aziz & Zaid untuk mefailkan saman fitnah terhadap Rafizi sebaik menerima jawapan bertulis daripada peguamnya atau selepas tamat tempoh tujuh hari yang diberikan,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Tuan Ibrahim telah mengeluarkan surat tuntutan melalui peguamnya agar Rafizi membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari sehingga 17 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI