fbpx

PRU15: BN boleh menang di Port Dickson – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika ditemui pemberita selepas pertemuan beliau dengan pembeli Prima Residensi di Bandar Ekar, Rantau hari ini.

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) optimis memenangi kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hasil kerja keras dan usaha dipamerkan jentera parti itu ketika ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN sememangnya kini memberi tumpuan dan sedang melihat peluang untuk menang di Parlimen Port Dickson.

“Mungkin, sekarang kami melihat di Port Dickson. Saya fikir, jika kami kerja keras dan meletakkan lebih usaha, ia berada dalam genggaman kami,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pembeli projek perumahan PR1MA Residensi Rantau dekat Rantau, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan menjawab soalan pemberita mengenai kemungkinan untuk BN merampas beberapa kerusi Parlimen di Negeri Sembilan PRU15 kali ini.

Pada PRU14, BN hanya memenangi tiga buah kerusi Parlimen di negeri ini daripada lapan buah kerusi Parlimen kesemuanya.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga calon BN di Parlimen Rembau yakin dua buah kerusi Parlimen iaitu Kuala Pilah dan Tampin yang sebelum ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) bakal dimenangi calon BN dalam PRU15 ini.

“Kami mahu mengembalikan dua buah kerusi di Tampin dan Kuala Pilah (dari PH kepada BN). Saya fikir tidak ada masalah, Insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI