fbpx

Luahan cinta Ji-hyo buat Jong-kook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA peserta Running Man Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook.

SEJAK peminat menggandingkan dua ahli Running Man iaitu Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook dengan gelaran ‘SpartAce’, hubungan mereka sering menjadi perhatian.

Manakan tidak, aksi mesra kedua-dua selebriti itu dalam kebanyakan episod Running Man membuatkan ramai peminat berharap mereka benar-benar bercinta.

Episod terbaharu program popular tersebut menimbulkan kekecohan apabila mereka dikatakan semakin terbuka meluahkan ‘cinta’.

Dalam episod berkenaan, setiap ahli bermain satu permainan dengan cara memberi kenyataan yang menyukarkan pihak lawan menjawab.

Pihak yang menerima kenyataan tersebut harus membuktikan kenyatan berkenaan salah.

Ji-hyo dalam episod tersebut dengan beraninya berkata, dia sangat cintakan Jong-kook sambil mencium kepala penyanyi itu.

Tindakan spontan aktres itu mengejutkan semua ahli lain termasuklah peminat yang bahagia melihat pasangan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI