fbpx

Ganjaran menanti Malaysian Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain dan barisan kejurulatihan skuad negara meraikan kejayaan muncul juara PSAS di Stadium Hoki Azlan Shah semalam.

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki negara bakal mendapat ‘durian runtuh’ atas kejayaan menjuarai Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) yang melabuhkan tirainya semalam.

Ia adalah gelaran PSAS yang pertama buat Malaysian Tigers dalam tempoh 39 tahun sejak kejohanan itu mula dianjurkan pada 1983 di Kuala Lumpur.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan, ganjaran sememangnya menanti para pemain, namun perkara itu perlu dibentangkan kepada barisan Lembaga Eksekutif terlebih dahulu.

“Ganjaran itu ada, hanya saya perlu lontarkan idea kepada barisan Lembaga Eksekutif. Saya tak boleh buat keputusan sendiri.

“Apabila semua jawatankuasa bersetuju, kita akan buat majlis untuk meraikan kemenangan mereka,” katanya pada sidang akhbar bersama Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Datuk Tayyab Ikram di Mont Kiara hari ini.

Malaysian Tigers yang berada di ranking ke-10 dunia, muncul juara edisi ke-29 selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 pada aksi final di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak itu.

Tiga gol skuad negara dijaringkan oleh Shello Silverius, Muhammad Razie Rahim dan Aminudin Mohd. Zain.

Selepas ini, skuad bimbingan Arul Selvaraj itu akan menghadapi Piala Negara-Negara FIH di Potchefstroom, Afrika Selatan dari 28 November hingga 4 Disember ini sebelum kempen Piala Dunia 2023 di India bermula pada 13 Januari tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI