fbpx

Duta Piala Dunia Qatar pertahankan pendirian tentang LGBTQ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki berjalan di luar Stadium Al-Thumama di Doha pada 8 November lalu.- AFP

DOHA, Qatar – Seorang duta Piala Dunia Qatar yang menggelar homoseksualiti sebagai ‘kerosakan minda’ kelmarin menyatakan bahawa komen beliau disalah tafsir tetapi bertegas budaya negaranya tidak akan berubah.

Khalid Salman menimbulkan kebimbangan baharu tentang hak lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) semasa penganjuran kejohanan antarabangsa itu, yang bermula pada 20 November ini. Komen beliau disiarkan oleh stesen te­levisyen Jerman, Selasa lepas.

“Saya kesal kerana apa yang saya katakan telah diambil di luar konteks. Semua orang dialu-alukan di Qatar, namun agama dan budaya kami tidak akan berubah semata-mata untuk kejuaraan ini (Piala Dunia),” kata bekas pemain antarabangsa Qatar berusia 60 tahun itu di laman Twitter.

Lebih sejuta orang dijangka melawat Qatar bagi menyaksikan kejohanan Piala Dunia kali ini.

Qatar yang mengharamkan hubungan homoseks, menerima kritikan berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana rekodnya mengenai LGBTQ dan hak wanita, serta laya­nan terhadap pekerja asing.

Dalam wawancara bersama rangkaian televisyen ZDF, Khalid berkata, Qatar akan mengalu-alukan pelawat gay tetapi ‘mereka perlu menghormati peraturan kami’.

Katanya, homoseksualiti adalah haram di sisi Islam, sebelum temu bual itu diputuskan secara tiba-tiba oleh seorang pegawai Piala Dunia.

Menteri dalam negeri Jerman, Nancy Faeser yang juga menteri sukan, menganggap komen Khalid sebagai ‘mengerikan’.

Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman, Bernd Neuendorf dan organisasi serta aktivis LGBTQ tempatan mengecam kenya­taan itu, begitu juga Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.

Qatar telah berulang kali me­nyatakan bahawa peminat LGBTQ akan ‘dialu-alukan’ di Piala Dunia tetapi mesti menghormati budaya tempatan.

FIFA pula menegaskan bahawa bendera pelangi akan dibenarkan di dalam dan sekitar stadium-stadium Piala Dunia. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI