fbpx

Daddy kenapa kalah, saya nak jawab apa? – Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim.

SHAH ALAM – “Kita sebagai pemain tiada siapa pun nak kalah. Apabila anak saya hubungi saya, dia tanya ‘Daddy’ kenapa kalah, saya sebagai ayah apa yang saya nak jawab dekat anak saya,”

Masih segar lagi kenyataan yang keluar daripada mulut Faisal Halim terhadap wartawan Kosmo! menjelang aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di Qatar, Januari lalu.

Ketika itu, Harimau Malaya sudah pun tersingkir tetapi ungkapan ini menggambarkan Faisal adalah individu berjiwa besar dan frasa itu sekali lagi boleh dikaitkan dengan perjuangannya untuk kembali pulih daripada keadaan kritikal selepas disimbah asid.

Seluruh negara juga setia berdiri di belakang Faisal dan mengharapkan kesembuhan pemain Selangor FC itu untuk kembali menyaksikan kelibatnya di pentas Liga malaysia (Liga M) dan antarabangsa bersama Harimau Malaya.

Tidak kira pasukan mana yang diwakili, majoriti pemain kekal utuh memberikan sokongan dan antara pemain aktif yang menyatakan sokongan kepada pemain tengah Sri Pahang, Azam Azih, Giancarlo Gallifuoco (Kuala Lumpur City), Kpah Sherman, Safwan Mazlan dan Shahrel Fikri.

Selain itu, bekas rakan sepasukan Faisal, Ayron del Valle dan Yazan Al Arab juga turut menzahirkan sokongan.

Selain sokongan yang dizahirkan oleh majoriti pemain Selangor FC, Red Giants juga turut megambil inisiatif melancarkan kempen ‘Stand With Faisal Halim. Stop The Violence! di laman media sosial yang disifatkan sebagai satu gerakan untuk menunjukkan sokongan moral kepada Faisal.

Gerakan ini juga adalah bertujuan membanteras keganasan terhadap atlet-atlet di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI