fbpx

De Bruyne pilihan kapten Liga Fantasi minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN pilihan untuk kesebelasan utama skuad untuk mengharungi perlawanan minggu ke-16.

PERLAWANAN minggu ke-16 adalah saingan terakhir sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berehat untuk memberi laluan kepada Piala Dunia Qatar 2022 yang membuka tirai pada 20 November ini.

Apa yang membimbangkan, kemungkinan pemain akan berhati-hati untuk beraksi kerana khuatir mengalami kecederaan saat akhir bakal memberi kesan kepada prestasi masing-masing untuk Liga Fantasi minggu ini.

Jika anda masih tidak menggunakan wildcard, jadi minggu ini adalah pilihan tepat untuk menentukan pilihan pemain terbaik yang anda fikir mampu meraih mata tertinggi pada perlawanan minggu ke-16 ini.

Justeru, Kosmo! berkongsi panduan buat para pengurus FPL mengenai pemilihan kesebelasan pemain yang mampu membantu anda membuat pilihan bagi me­raih mata maksimum pada ming­gu ini.

PENJAGA GOL
VICENTA Guaita dijangka tiada masalah memastikan gawang Crystal Palace tidak bolos kepada Nottingham Forest selepas meraih sembilan mata ketika menewaskan Southampton 1-0.

PERTAHANAN
JOAO Cancelo menjadi pilihan tepat bagi minggu ini bagi menebus kekecewaannya selepas dilayangkan kad merah minggu lalu, jadi dia menjadi pilihan tepat minggu ini untuk diturunkan menentang Brentford.

TENGAH
LEANDRO Trossard tidak mengecewakan apabila sering membantu mengutip mata dan memberi bayangan mampu meletup minggu ini selepas berdepan Aston Villa.

PENYERANG
PENYERANG Tottenham, Harry Kane adalah pemain yang dilihat mampu mencabar penggempur Leeds United apabila sudah menjaringkan 11 gol setakat ini.

KAPTEN
SEMBILAN bantuan gol yang dilakukan setakat ini meletakkan pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne antara calon paling tepat bagi mengisi posisi tersebut. Pemain Belgium ini menjadi aset penting buat pengurus FPL untuk mengutip mata penuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI