fbpx

China musnah barang tiruan berharga lebih RM320 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa China turut memusnahkan sejumlah besar produk tiruan daripada jenama Nike dan Louis Vuitton. - Shutterstock

BEIJING – Pihak berkuasa di China memusnahkan 3,000 tan produk tiruan bernilai AS$69 billion (RM320.3 bilion) dalam acara yang diadakan di 17 wilayah dan bandar, demikian menurut Televisyen Pusat China (CCTV) seperti dilaporkan laman berita Wion News semalam.

Barang rampasan itu termasuk jenama tiruan minuman beralkohol dalam botol daripada Treasury Wine Estate dan pengeluar baijiu mewah (minuman keras) Kweichow Moutai, lapor media kerajaan.

Satu kenyataan daripada Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran memetik pegawai Sichuan, Yang Xingping sebagai berkata, pemerintah telah mengutamakan aktiviti membanteras pelanggaran dan ‘membetulkan secara paksa fenomena haram dan huru-hara melalui kawalan ketat’.

‘Operasi pemusnah’ adalah sebahagian daripada Minggu Publisiti Dasar Persaingan Adil China 2022.

Acara awam sedemikian bukan perkara biasa di China, di mana pengeluar barang tiruan kekal menjadi industri besar walaupun terdapat percubaan untuk memusnahkannya.

Terdahulu pada Rabu lalu, gergasi peruncitan Amazon membongkar tiga operasi pemalsuan barang di China dengan bantuan Biro Keselamatan Awam (PSB) dan Unit Jenayah Tiruan (CCU) Amazon.

Gergasi e-dagang itu berkata, lebih 240,000 barangan tiruan telah dirampas oleh penguatkuasa undang-undang di wilayah Guangdong dan Jiangxi.

“Kami menghargai penguatkuasaan undang-undang yang bertindak atas rujukan kami dan meneruskan kes-kes ini secara menyeluruh,” kata peguam CCU Amazon, Kebharu Smith dalam satu kenyataan.

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menganggarkan, perdagangan global dalam produk tiruan adalah sebanyak AS$464 bilion (RM2.15 trilion) pada 2019 dan berkata, ledakan dalam e-dagang pada 2020 hingga 2021 membawa kepada pertumbuhan besar dalam bekalan barangan tiruan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI