fbpx

PRU15: 20 laporan, enam kertas siasatan dibuka di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah membuka enam kertas siasatan berhubung laporan jenayah dan kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setakat hari ini.

Jurucakap Media PRU15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri berkata, sebanyak 20 laporan polis diterima sejak hari penamaan calon.

“Setakat ini sebanyak enam kertas siasatan dibuka dan antaranya adalah melibatkan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat), Seksyen 323 Kanun Keseksaan (cederakan), Seksyen 324 Kanun Keseksaan (serang dan mencederakan) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat).

“Selain itu, polis turut membuka kertas siasatan melibatkan Seksyen 500 Kanun Keseksaan(fitnah)/233 Akta Akta Komunikasi Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian komunikasi),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jurucakap tersebut memaklumkan, polis turut menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan selepas disyaki memeras ugut pengadu yang ingin memasang bendera di kawasan Parlimen Bukit Bendera iaitu di Padang Tembak, Air Itam.

“Lelaki tempatan ini disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI