fbpx

Presiden IOC tertarik dengan inisiatif MOM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD NORZA (kiri) bersalam dengan Bach ketika melakukan kunjungan pertama sejak dilantik sebagai Presiden MOM di Olympic House, Lausanne, Switzerland kelmarin.

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Dr. Thomas Bach yang berlangsung di Olympic House, Lausanne, Switzerland kelmarin.

MOM yang diwakili Presiden, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria melakukan kunjungan pertama­nya untuk bertemu Presiden IOC itu sejak beliau dilantik sebagai Presiden MOM keenam pada tahun 2018.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, tujuan kunju­ngan tersebut dibuat adalah bagi memastikan hubungan yang akrab antara MOM dan IOC selain membincangkan beberapa perkara.

“Saya sudah mengadakan satu perbincangan yang cukup positif bersama dengan Presiden serta Pengarah Besar IOC (Christophe De Kepper) dan beberapa individu senior dalam merancakkan lagi Nilai serta Pergerakan Olimpik di Malaysia,” katanya.

Dalam kunjungan hormat yang berlangsung dalam keadaan penuh ceria itu, Mohamad Norza ditemani Setiausaha Agung MOM, Moira Tan Siew See serta Pengurus Besar MOM, Fong Wan Hor.

Antara topik yang menjadi perbincangan dua pihak tersebut adalah usaha MOM bagi meran­cakkan Pergerakan Olimpik se­perti permulaan Karnival Olimpik, hubungan dengan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) negara lain, sambutan Hari Olimpik di seluruh dunia serta pembinaan Olympic House yang baharu di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Bach me­ngakui, beliau tertarik dengan inisiatif serta pendekatan dinamik yang dilakukan Mohamad Norza, sekali gus menyatakan sokongan penuh kepada MOM dalam mempromosikan Pergerakan Olimpik di Malaysia.

“Antara misi paling penting IOC adalah untuk memberikan bantuan serta sokongan kepada semua NOC.

“Sekiranya NOC kuat, ia mampu menggerakkan IOC untuk terus mengukuhkan Pergerakan Olimpik di peringkat global,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI