fbpx

LE SSERAFIM tetap hebat tanpa Yunjin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LE SSERAFIM

KUMPULAN LE SSERAFIM muncul dalam program hiburan Inkigayo dengan hanya empat orang ahli selepas Huh Yunjin dijangkiti Covid-19.

Impaknya, peminat meluahkan rasa sedih dan menyifatkan kumpulan itu nampak ‘kosong’ apabila kehilangan seorang ahli dalam program tersebut.

Ramai peminat berpendapat sedemikian memandangkan Yunjin merupakan salah seorang ahli utama Le Sserafim.

“Sudah semestinya ahli kumpulan yang mempunyai lima orang akan kelihatan kosong jika seorang tidak ada,” ujar peminat.

Pun begitu, sangkaan peminat yang menjangkakan persembahan kumpulan itu akan nampak ‘lesu’ tanpa ahli yang cukup bagaimanapun meleset.

Kumpulan yang sedang popular dengan lagu Anti Fragile itu berjaya menutup kekosongan tempat Hyunjin dengan persembahan sempurna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI