fbpx

Kompilasi gambar lama perabot imbau nostalgia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menyaksikan jenis perabot yang digunakan pada zaman 80-an sehingga 90-an

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita mengimbau kembali nostalgia gambar-gambar ketika zaman dahulu telah menggamit memori zaman kanak-kanak orang ramai.

Perkongsian video oleh @iamberryhnn di akaun TikTok miliknya memaparkan kompilasi gambar-gambar perabot dan perkakasan rumah pada zaman dahulu kira-kira sekitar tahun 80-an sehingga 90-an.

Demikian video itu telah tular, majoriti besar orang ramai terutamanya golongan yang sudah dewasa menzahirkan rasa rindu akan kenangan yang menggamit memori zaman kecil mereka.

“Semua ini aku pernah lalui, rindu dan sedih kalau teringat. Semoga orang-orang yang aku sayang dipanjangkan umur selalu,” komen seorang pengguna TikTok.

“Rumah nenek banyak macam ni, nak buat pendawaian elektrik baru tapi nenek tidak bagi sebab nenek kata semua ini kenangan dia bersama arwah datuk,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Rindu zaman kanak-kanak. Andainya dapat kembali ke waktu itu. Dulu lebih bahagia, meriah walaupun hidup serba kurang waktu itu berbanding sekarang,” tulis pengguna TikTok yang lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang berkongsi kenangan mereka bersama orang tersayang ketika dahulu yang kini telah pergi buat selamanya.

“Tengok semua benda ni, terus teringat arwah emak saya. Ya Allah, emak pergi dalam keadaan sihat. Sukarnya untuk menerima kenyataan ini ya Allah tetapi aku reda,” luah pengguna TikTok di ruangan komen.

“Rindu arwah ibu, terima kasih ibu membesarkan kami enam beradik hanya dengan menjual kuih. Terima kasih ya Allah kau berikan kenangan ini, Al-Fatihah,” kongsi seorang pengguna lagi.

Setakat ini, video kenangan mengusik jiwa tersebut telah meraih sebanyak lebih 70,000 tontonan, 4,825 tanda suka dengan 319 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI