fbpx

BKM Fasa 4 dikreditkan Selasa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November depan.

Beliau berkata, pembayaran bernilai RM2.1 bilion itu bakal memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas, bujang serta yang tiada pasangan.

“Secara keseluruhannya, sebanyak RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.

“Untuk BKM Fasa 4 pula, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing dan ia merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini.

“Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November ini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk di portal rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI