fbpx

Penjawat awam diserang warga Nepal ketika meleraikan pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dua lelaki warga Nepal ditahan selepas menyerang seorang penjawat awam yang sedang meleraikan pergaduhan di sekitar kawasan Jalan SS2/63, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 11.15 malam semasa Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) membuat pemeriksaan bendera parti politik di lokasi tersebut.

Katanya, pasukan tersebut kemudian terdengar laungan pertolongan daripada orang awam yang meminta bantuan bagi meleraikan pergaduhan.

“Sampai ke lokasi, PPKPR mendapati empat warga Nepal sedang bergaduh sesama sendiri.

“Ketika cuba meleraikan pergaduhan tersebut, seorang pegawai diserang oleh dua lelaki hingga mengalami kecederaan.

“Selain itu, satu set alat komunikasi mudah alih milik PPKPR juga mengalami kerosakan akibat serangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, kedua-dua lelaki berusia awal 20-an warga Nepal ditahan pada hari yang sama sekitar pukul 11.23 malam oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Petaling Jaya.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 160 / 353 / 427 Kanun Keseksaan dan seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 / 63,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI