fbpx

Nutri Malt tidak layak mohon sijil halal – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular minuman Nutri Malt tidak memiliki logo halal Jakim selain dikilangkan di sebuah kilang minuman keras.

PUTRAJAYA – Minuman jenama Nutri Malt keluaran Carlsberg Brewery Malaysia Bhd. disahkan tidak memiliki dan tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi kenyataan akhbar hari ini sebagai reaksi tular membabitkan minuman itu.

Menurutnya, minuman itu tidak layak memohon SPHM berdasarkan ketetapan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 Klausa 6 (2).

“Selaku pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia, kami menyarankan agar umat Islam memilih produk yang memiliki SPHM kerana ia dijamin halal.

“SPHM hanya dikeluarkan mengikut garis panduan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini,” katanya.

Jelas kenyataan itu, semakan status halal produk atau premis makanan di luar sana boleh dibuat menerusi Portal Rasmi Halal Malaysia (https://tinyurl.com/yujuuxch), atau aplikasi telefon pintar SmartHalal.

Tambahnya, sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh didapati dengan melayari laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki menunjukkan minuman itu dijual di sebuah kedai serbaneka 24 jam dan diletakkan di dalam peti sejuk bersama minuman yang memiliki logo halal.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI