fbpx

Lagi pengurus syarikat direman kes dokumen palsu darjah kebesaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berusia 56 tahun diiringi pegawai SPRM di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang pengurus syarikat kontraktor direman lima hari bermula hari ini selepas dipercayai bersubahat mengemukakan dokumen palsu Surat Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka.

Perintah reman sehingga 12 November itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Melaka, Mazana Sini terhadap Suspek berusia 56 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi dengan memakai baju lokap SPRM dan diiringi penguat kuasa.

Menurut jurucakap SPRM, suspek ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di Alai, di sini.

Suspek dipercayai telah bersubahat dengan seorang pengurus syarikat pelancongan bergelar Datuk dalam kegiatan mengemukakan dokumen palsu Surat Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka.

Dokumen itu adalah bagi mendaftarkan diri sebagai Ahli Majlis tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Mohd. Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut.

Kosmo! pada 19 Oktober lalu melaporkan, seorang wanita bergelar Datuk yang juga pengurus syarikat pelancongan dan penjawat awam direman SPRM selepas dipercayai terlibat dalam sindiket dokumen palsu Surat Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka.

Suspek berusia 30-an dan 40-an itu ditahan SPRM pada 18 Oktober lalu bagi siasatan di bawah seksyen sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI