fbpx

Influencer seram terima 100 parcel kosong ada habuk putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara parcel misteri diterima seorang pempengaruh media sosial yang hanya mengandungi nombor telefon dan alamat palsu.

PETALING JAYA – Seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial atau influencer tertekan apabila setakat hari ini telah menerima lebih 100 bungkusan atau parcel daripada pengirim misteri sejak Mac lalu.

Menerusi suatu perkongsian di Twitter, @marinadndy memberitahu, bungkusan yang diterima itu semuanya kosong dan ada antaranya berisi habuk putih.

“Sebelum ini, saya pernah menerima parcel yang mengandungi hanya satu pelitup muka dan di parcel dan tiada maklumat lain seperti nombor telefon manakala alamat pula adalah palsu.

“Ada yang cakap, pihak kurier hanya ingin mencuba kecekapan penghantaran sahaja,” katanya.

Susulan itu, Marina yang sekali lagi menerima parcel misteri kosong semalam berasa ia agak mengarut dan tertekan kerana dia tidak membeli apa-apa barangan.

“Ini sudah termasuk parcel ketiga saya menerima benda putih sebegini. Sebelumnya, bermacam-macam benda yang saya dapat.

“Saya sudah memaklumkan tidak ingin lagi menerima, membuka atau mengambilnya. Tetapi terpaksa juga terima,” jelasnya yang sebelum ini pernah menerima ikat rambut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di media sosial memintanya berhati-hati dan tidak membuka parcel tersebut kerana khuatir berlaku perkara tidak sepatutnya.

“Pernah dapat juga, tetapi menerusi alamat rumah ibu yang jarang saya gunakan. Parcel itu mengandungi pelitup muka dan hasil risikan alamat penghantar tidak menjual produk berkenaan,” kata seorang pengguna Twitter.

“Seramnya. Jika menerima bungkusan yang pelik-pelik, jangan dibuka dan sebaiknya dibuang terus. Risau seandainya berlaku perkara yang tidak diingini. Jika ingin kirim bungkusan misteri itu, hantarlah duit atau emas, barulah berfaedah,” seloroh seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI