fbpx
Tangkap layar sepapan telur menetas menjadi anak itik selepas ditinggalkan lebih seminggu, di sebuah inap desa, Pendang, Kedah.

Sepapan telur menetas jadi anak itik selepas ditinggalkan seminggu!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Beli sepapan telur, bonus dapat anak itik sekali apabila ditinggalkan seminggu di sebuah inap desa, Pendang, Kedah.

Pemilik homestay yang dikenali sebagai Zakaria Nazir, 29, berkata pengalaman itu merupakan kali pertama buatnya sepanjang mengendalikan inap desa berkenaan.

“Hujung bulan 10 ada pelanggan menginap di rumah itu dan tertinggal sepapan telur itik kampung, katanya untuk umpan memancing.

“Dia meminta saya menyimpan telur berkenaan kerana akan kembali menginap disitu beberapa hari lagi. Ada bau pelik apabila saya buka rumah itu malam tadi, dan apabila saya lihat, kebanyakan telur tersebut telahpun menetas menjadi anak itik,” ujarnya sambil ketawa.

Zakaria ketika dihubungi Kosmo! berkata jumlah anak itik yang hidup adalah 13 ekor, manakala hanya tujuh biji sahaja yang tidak menetas.

Video yang dimuatnaik di media sosial malam tadi oleh Zakaria telah tular sehingga mencecah 813,200 penonton, 54,800 tanda suka dan 1,908 kongsian.

Rata-rata diruangan komen, orang ramai terhibur dengan video berkenaan dan tidak sangka telur tersebut boleh menetas menjadi anak itik walaupun hanya ditinggalkan dalam tempoh seminggu.

“Wow, rezekinya beli sepapan telur dapat banyak ekor itik. Boleh bela, nanti masa akan datang boleh dapat banyak lagi telur,” ujar @entahla.

Ada juga mempersoalkan bagaimana kejadian tersebut boleh terjadi, kerana kebiasaannya ibu itik akan mengeram sebelum telur boleh menetas.

“Biasa telur ayam beli di pasaraya tidak akan jadi ayam.. sebab telur itu tidak disenyawakan. Ini telur itik kampung, ada benih, sebab itulah hidup,” kata @aeidaaini. – KOSMO! ONLINE

POPULAR