fbpx

Sabah dinobat juara Para Sukma 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABAH melakar kejutan apabila muncul juara keseluruhan temasya Para Sukma 2022 dengan merangkul 54 pingat emas.

KONTINJEN Sabah melakar sejarah pada Para Sukan Malaysia (Sukma) 2022 apabila menutup temasya dwitahunan tersebut dengan gemilang apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan buat julung kalinya.

Berbekalkan semangat luar biasa, Sabah mengakhiri saingan yang mula diperkenalkan pada tahun 1982 itu dengan merangkul 54 pingat emas, 36 perak dan 35 gangsa sekali gus menamatkan dominasi Sarawak yang merangkul 13 gelaran juara berturut-turut sejak edisi 1994 di Johor.

Kontinjen Sarawak menamatkan saingan di tempat kedua keseluruhan apabila membawa pulang 50 emas, 47 perak dan 49 gangsa, manakala Johor berada di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 38 pingat emas, 30 perak dan 25 gangsa.

Ketua Kontinjen Sabah, Datuk Mansur Assun berkata, kejayaan Sabah sebenarnya tidak dijangka apabila mereka hanya mensasarkan 40 pingat emas pada awal saingan mereka pada temasya kali ini.

“Memang tak jangka Sabah mampu muncul selaku juara ke­seluruhan kerana kita tahu bukan mudah untuk berada di tangga teratas pungutan pingat.

“Tetapi, latihan yang kita lakukan selama dua tahun sejak 2018 membuahkan hasil dan kejayaan ini adalah hasil usaha keras semua termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pestron (Persa­tuan Sukan dan Rekreasi Orang Kelainan Upaya Sabah) serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada atlet,” katanya.

Mansur menambah, Kerajaan Negeri Sabah juga ada menjanji­kan insentif untuk para atlet yang memenangi pingat pada temasya Para Sukma

“Untuk pemenang pingat emas, atlet akan memperoleh insentif sebanyak RM5,000, manakala perak sebanyak RM1,500 dan gangsa RM800,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI