fbpx

Remaja perempuan hilang sejak tiga hari lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siew Ting dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Saujana Damansara, Damansara Damai, Khamis lalu.

PETALING JAYA – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Saujana Damansara, Damansara Damai, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kali terakhir ahli keluarga melihat Ng Siew Ting, 16, adalah sekitar pukul 7 pagi.

“Anggaran ketinggian mangsa adalah sekitar 165 sentimeter, berbadan kurus, berkulit kuning langsat dan rambut hitam paras bahu.

“Pakaian terakhir mangsa sebelum hilang adalah baju putih lengan pendek, berseluar pendek warna hitam, berselipar dan membawa beg galas warna biru atau ungu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat mohon tampil ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Amir Hakimi Zakaria di talian 012-3783178 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI